OMG Oktoberfest 2024 janjikan pesta meriah di Monkeys Canopy Resort selama 3 hari!

Dari Penulis

OMG Oktoberfest 2024 bakal diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2024 di Monkeys Canopy Resort. Festival tiga hari ini menjanjikan pelbagai acara menarik yang akan memenuhi citarasa semua pengunjung, dengan tema “All the fun in just one roof!”

Hari pertama festival pada 25 Oktober akan dimulakan dengan “Craving Food Festival” dan “Chill on Hill Festival” yang menjanjikan pelbagai hidangan lazat untuk dinikmati pengunjung. Pesta makanan ini akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan kemasukan percuma.”Chill on Hill Festival” juga  menawarkan pelbagai aktiviti dan jualan menarik.

Pada hari kedua, pengunjung akan dihiburkan dengan dua acara utama. Bermula dari pukul 5 petang hingga 7 malam, “Tour de Fun Run” akan diadakan untuk peminat sukan dan kecergasan. Manakala pada malamnya, dari pukul 8 malam hingga 2 pagi, sebuah Rave Party akan berlangsung dengan menampilkan artis-artis terkenal seperti Chukiess & Whackboi, Nahsyk, Sherry Alyssa, dan Janiss Foong. 

Hari terakhir festival, 27 Oktober, akan ditutup dengan gaya melalui Hip Hop Tea Dance Party dari pukul 3 petang hingga 7 malam. Acara ini akan menampilkan barisan artis hip hop tempatan yang mengujakan termasuk Aman Ra, MK, Benzooloo, DJ Fuzz, K.O.I, 53 Universe, B-Heart, dan Danial Bogers.

Untuk acara Rave Party dan Hip Hop Tea Dance Party, setiap pembelian tiket masuk akan mendapat percuma minuman ringan, goodies percuma, dan tempat letak kereta percuma.Ia juga merupakan parti atau festival bebas alkohol.

OMG Oktoberfest 2024 dianjurkan oleh OMG Music Festival dengan kerjasama Idea Music KL. Festival ini disokong oleh rakan strategik MLB, penaja venue Monkeys Canopy Resort, dan pengurusan artis oleh Asia Empire.

Tiket untuk acara-acara khas boleh dibeli melalui laman web rasmi www.omgmusicfestival.com. Orang ramai dijemput untuk mengambil bahagian dalam festival yang menjanjikan keseronokan dan hiburan tanpa henti ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This