2 Pengikut ‘Tuhan Harun’ terlepas hukuman gantung, diganti penjara 40 tahun

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

MAHKAMAH Persekutuan mengetepikan hukuman gantung sampai mati ke atas dua orang pengikut ‘Tuhan Harun’ yang disabitkan bersalah membunuh Ketua Penolong Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, 11 tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menbenarkan permohonan semakan hukuman mati daripada kedua-dua pemohon, Sumustapha Suradi, 50 dan Shamsinar Abdul Halim, 47, bagi mengetepikan hukuman mati itu dan menggantikannya dengan pemenjaraan.

Dua lagi hakim yang turut bersidang bersama-sama Tengku Maimun ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan

Justeru, panel hakim menggantikan hukuman mati itu dengan pemenjaraan 40 tahun bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 22 Februari 2014 bagi Shamsinar, manakala 27 November 2013 bagi Sumustapha.

Sementara itu, mahkamah turut memerintahkan agar Shamsinar dikenakan 12 kali sebatan.

Kedua-dua lelaki itu membuat permohonan semakan hukuman mati itu susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lalu.

Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun.

Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun berdepan sebatan minimum sebanyak 12 kali.

Baca artikel lain: Kes Sosilawati: Bekas peguam, pekerja ladang kekal dijatuhi hukuman gantung

Sebelum ini pada 27 Disember 2016, Sumustapha dan Shamsinar dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang selepas disabitkan bersalah atas pertuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek.

Mangsa yang berusia 49 tahun telah ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, pada 10 November 2013.

Ketua kumpulan ajaran sesat itu, Harun Mat Saat atau lebih dikenali sebagai “Tuhan Harun’, juga didakwa kerana bersubahat dalam pembunuhan itu.

Bagaimanapun pada 26 Ogos 2016, tuduhan ke atasnya digugurkan selepas dia meninggal dunia pada 16 Ogos 2016 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan ekoran masalah pernafasan.

Pada 8 Februari 2018, kedua-dua lelaki itu gagal dalam permohonan mereka untuk mengetepikan sabitan tersebut selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka.

Pada 29 November 2018, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Sumustapha dan Shamsinar dan mengekalkan sabitan serta hukuman mati.

Ketika itu, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum yang mengetuai barisan lima hakim memutuskan bahawa rayuan kedua-dua mereka tidak mempunyai merit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This