SEBANYAK 14 buah motosikal disita dalam satu Operasi Bersepadu di Jalan Sultan Mahmud dekat persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai, Kuala Terengganu bermula pukul 1 hingga 7 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, operasi tersebut diketuai oleh tiga pegawai kanan bersama 40 anggota polis serta 15 anggota daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Beliau berkata, seramai 112 individu berbangsa Melayu bersama 87 kenderaan telah diperiksa.
“Daripada jumlah itu, polis telah menyita 14 buah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis juga telah mengeluarkan 61 keping saman PDRM (K) 257 atas kesalahan trafik seperti nombor plat tidak mengikut peraturan, tiada cermin sisi, tiada insurans, memandu tanpa lesen dan pelbagai kesalahan lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Jabatan Pengangkutan Jalan juga telah mengeluarkan sebanyak 66 keping Notis JPJ (P) 22, tiga keping Notis 61(1), tiga keping Notis PG 1 manakala sebanyak 15 buah motosikal dan dua buah kereta disita mengikut Notis 64(1).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

