PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan hasrat untuk menawan negeri Melaka pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
Perkara yang menjadi suatu misi itu dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi hantaran ringkas di Facebook, hari ini.
“Selepas Negeri Sembilan, malam tadi saya ke Ayer Keroh menyantuni rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli akar umbi sempena Jelajah Solidariti Parti Pribumi BERSATU Malaysia Melaka.
“Semangat Bersatu Melaka luar biasa. Meriah dan gegak gempita laungan perjuangan. Insya-Allah ini adalah permulaan dalam misi menawan Melaka pada PRN akan datang,” katanya.
Baca artikel lain: MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
Melaka kini di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PN) menjalinkan kerjasama dengan jawatan Ketua Menteri digalas oleh Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Dalam hantaran yang berlainan, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menjanji bahawa parti tersebut akan memperkenalkan saf kepimpinan berkualiti pada pemilihan kali ini.
“Bersatu dalam mood pemilihan dan demokrasi hidup subur dalam Bersatu. Insya-Allah, Bersatu akan menampilkan suatu saf kepimpinan yang kredibel, berkualiti, kreatif serta komprehensif.
“Ini bagi menjadi juara kepada suara hati nurani rakyat dan menawarkan solusi yang menyakinkan orang ramai,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

