Ahli GISBH tak lagi amal ajaran sesat atau ikuti Aurad Muhammadiyah

Dari Penulis

AHLI-AHLI syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak lagi mengamalkan ajaran atau amalan yang telah difatwakan sesat seperti yang dibawa menerusi kumpulan al-Arqam sebelum ini.

Perkara itu ditegaskan anak perempuan kepada pengasas al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Khaulah Ashaari seperti dilaporkan Astro Awani hari ini.

Malah, Khaulah yang juga pengarah salah sebuah anak syarikat GISBH berkata, ahli-ahli syarikat itu juga tidak lagi mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiyah yang telah diisytiharkan sesat.

Menurut Khaulah, ahli GISBH juga telah mengikuti kursus anjuran pihak berkuasa agama selama 500 jam.

“(Aurad Muhammadiyah juga tidak lagi diamalkan?) Tidak lagi diamalkan. Secara dasar, memang kami pun selalu bincang perkara ini.

“Kami pun selama ini dipantau pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam sendiri. Kami juga sudah ikut proses Istitabah (dikendalikan di Jabatan Mufti Selangor).

“Kami telah berikan komitmen untuk tidak mengamalkan apa-apa yang dilakukan sebelum ini, mungkin pada zaman Al-Arqam dan juga setelah itu,” katanya.

Baca artikel lain: Tidak perlu guna Akta SOSMA terhadap GISBH – Peguam

Mengulas lanjut, Khaulah berkata, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali juga sentiasa mengingatkan semua ahli untuk memberi tumpuan kepada aktiviti perniagaan dijalankan syarikat itu.

Sementara itu, mengulas mengenai video tular ahli GISBH didakwa mengagungkan Ashaari, Khaulah berkata, ia merupakan video lama yang ditularkan semula.

“Itu sudah lama. Sekitar tahun 2011 video itu sudah berlaku,” ujarnya.

Dalam sidang media sama, Khaulah enggan memberi ulasan dakwaan berhubung berlakunya pengeksploitasian kanak-kanak dalam kumpulan berkenaan.

Menurut beliau, ini kerana kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This