KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan berbincang bersama Institut Jantung Negara (IJN) bagi memperhalusi permohonan meningkatkan kadar yuran hingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perbincangan itu turut membabitkan Kementerian Kewangan (MoF).
Jelasnya, KKM tidak dapat mempengaruhi jumlah yuran dikenakan kepada pesakit dirawat di IJN, memandangkan institut berkenaan bukan agensi di bawah kendaliannya.
“IJN adalah institut di bawah kendalian MoF dan KKM adalah klien kepada IJN. Apa yang berlaku ketika ini adalah keputusan daripada pihak IJN.
“Kita akan berbincang dan juga akan memperhaluskan apakah punca peningkatan kos ataupun fi yang mereka kenakan kepada pesakit.
“Ini juga akan memberi impak kepada KKM kerana kita masih menghantar pesakit yang dirujuk ke IJN. Kita tidak dapat mempengaruhi fi dikenakan kerana IJN bukan di bawah KKM,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Kerajaan laksana kajian perkasa usahawan wanita dalam industri, perniagaan
Media sebelum ini, melaporkan IJN memohon kenaikan 10 hingga 40 peratus bagi kadar yuran dikenakan kepada pesakit yang dikemukakan KKM dengan alasan ia masih mengenakan kos asal kepada kerajaan, yang ditetapkan pada 2003.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Talib berkata, kajian semula terhadap struktur bayaran juga perlu dilaksanakan kerana ia tidak berubah sejak 21 tahun lalu dan kini ia perlu dikira dengan inflasi serta peningkatan kos.
Tindakan semakan itu dikatakan penting untuk mengimbangi nisbah jumlah pesakit yang semakin meningkat di pusat perubatan IJN.
IJN merekodkan 334,445 pesakit luar, diikuti 18,324 pesakit, tahun lalu. Peningkatan bilangan pesakit itu sekali gus menuntut pertambahan peralatan dan fasiliti untuk tindakan rawatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

