Culik Klang: Polis sahkan budak 12 tahun dicabul, nyaris dijual kepada sindiket pelacuran

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan yang diculik di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang pada 8 Oktober lalu dipercayai menjadi mangsa cabul dan hampir dijual kepada sindiket pelacuran di Chow Kit.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati mangsa telah menaiki sebuah kereta Perodua Myvi bersama empat suspek sebelum dibawa ke sebuah pangsapuri di Setia Alam.

Beliau berkata, sepanjang tempoh empat hari ditahan di rumah sewa tersebut, mangsa telah dicabul secara seksual oleh dua suspek berusia 13 tahun dan 23 tahun.

“Dia diberikan rokok elektronik yang mengkhayalkan sebelum dicabul.

“Mangsa ada didera tetapi tidak ketara,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jelasnya, siasatan mendapati mangsa juga dirancang untuk dijual kepada sindiket pelacuran di kawasan Chow Kit.

“Ketua kumpulan itu mahu menjual mangsa kepada sindiket pelacuran di ibu kota.

“Bagaimanapun apabila polis membuat hebahan berita kehilangan mangsa, sindiket tidak jadi membelinya. Jadi mangsa diminta balik dengan kenderaan e-hailing,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah berjaya menangkap enam suspek yang mana dua daripada mereka didapati mencabul mangsa.

“Dua dari enam suspek yang ditangkap dikenali oleh mangsa. Malah salah seorangnya adalah bekas kekasih abang mangsa.

“Sebab itu dia pada awalnya nak mengikut suspek naik kenderaan sebab dia kenal suspek yang berada di dalam kereta itu,” ujarnya.

Hussein berkata, polis kini sedang memburu dua lagi individu berkaitan sindiket pelacuran bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, seoranv kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan daripada kereta yang diparkir di bawah sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang.

Siasatan menerusi penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis sekitar lokasi kejadian mendapati mangsa berjalan kaki sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Myvi.

Mangsa kemudian ditemui selamat di kawasan rumah kedai pada 2.30 petang hari Sabtu.

Susulan itu, enam individu warga tempatan di Segambut Dalam, Setia Alam dan Pandamaran bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This