Belanjawan 2025: Penggiat seni diberi peruntukkan RM160 juta sebagai sokongan kepada industri kreatif

Dari Penulis

KERJAAN menyediakan RM160 juta sebagai inisiatif kepada penggiat seni dalam usaha menyokong bakat kreatif tempatan sekaligus menggalakkan lebih banyak penghasilan karya seni tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahan RM5 juta untuk Dana Kandungan Digital (DKD) menjadikan jumlahnya meningkat sebanyak RM65 juta berbanding RM60 juta sebelum ini.

“Peruntukan Dana Kandungan Digital ditingkatkan kepada RM65 juta bagi mempromosi karya-karya terutamanya yang berteraskan semangat kenegaraan.

“Hampir RM40 juta turut disediakan di bawah Insentif Filem di Malaysia (FIMI) bagi menyokong penerbitan filem antarabangsa di Malaysia, manakala MyCreative Ventures pula menerima peruntukkan RM25 juta.

“Ini menyokong industri kreatif melalui suntikan ekuiti kepada syarikat berpotensi tinggi dan menyediakan pembiayaan untuk usahawan sosial kreatif,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, program Belia Kreatif MADANI akan dianjurkan bagi menarik hampir 16,000 anak muda menceburi bidang seni dengan peruntukan RM30 juta.

“Aktiviti disematkan termasuklah bengkel kemahiran videografi kandungan kreatif, pembangunan komuniti filem serta pertandingan filem pendek,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This