KKM tak pernah naikkan kos rawatan hemodialisis di fasiliti miliknya – Menteri

Dari Penulis

KERAJAAN tidak pernah menaikkan kos rawatan hemodialisis di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seperti dakwaan yang tular di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bayaran RM13 untuk satu sesi, atau lazimnya RM169 sebulan bagi perkhidmatan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu, adalah bayaran sama sejak 2016.

Selain itu, katanya, perkhidmatan asas di fasiliti KKM juga kekal RM1 manakala perkhidmatan pakar ialah RM5.

“Telah tular kembali mesej berantai lama yang mendakwa bahawa Malaysia kini menuju ke arah ‘khidmat kesihatan berbayar’ . Adalah ditegaskan bahawa kerajaan Malaysia terutamanya di bawah pentadbiran Malaysia MADANI telah berulang kali menegaskan iltizam mengekalkan akses terbuka kepada perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Dzulkefly berkata Kerajaan Perpaduan tidak bercadang untuk menyemak mana-mana fi buat masa ini dan sehubungan itu, penularan mesej tidak tepat dan tidak bertanggungjawab seperti itu harus dihentikan.

Hantaran itu turut dimuat naik tangkap layar mesej yang mendakwa rawatan hemodialisis di hospital kerajaan tidak lagi percuma kerana pesakit wajib membayar RM13 bagi satu sesi atau RM169 sebulan, yang kononnya telah bermula sejak lebih setahun lepas, sedangkan ia sebenarnya ada fi yang sama sejak 2016.

—BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mara tidak kompromi peminjam sengaja culas

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) tidak akan sesekali berkompromi dengan peminjam yang sengaja culas untuk membayar balik pinjaman. Perkara itu ditegaskan...

More Articles Like This