SEORANG penganggur ditahan selepas merosakkan lampu isyarat menggunakan senjata parang di persimpangan lampu isyarat dari Kampung Arab ke Kampung Gelam, Port Dickson, 2.15 petang semalam.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7512
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya telah mengesan video tular berdurasi 33 saat memaparkan kejadian tersebut di laman Facebook Port Dickson Area.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya menahan suspek di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview Port Dickson pada pukul 4.45 petang.
“Suspek berusia 39 tahun itu tidak berkerja dan mempunyai dua rekod lampau melibatkan jenayah.
“Hasil ujian saringan air kencing adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, polis turut merampas senjata, kenderaan dan pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

