ASEAN 2025: Kesatuan berasaskan zon bebas, aman dan berkecuali dikekalkan

Dari Penulis

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN 2025 akan memastikan kesatuan ASEAN yang ditubuhkan pada 1967, berteraskan zon bebas, aman dan berkecuali dapat terus dikekalkan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan logo dan tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Wisma Putra pada Selasa, beliau berkata kedaulatan blok serantau ini ialah sesuatu yang sangat kuat.

“Banyak pihak yang iri hati dengan kami. Banyak usaha untuk melihat sama ada mereka boleh memecah-belahkan kami atau tidak. Jadi itu perkara yang perlu kita pertahankan,” katanya.

Menurut Mohamad, dalam masa yang sama Malaysia hendak memastikan kemampanan ASEAN menerusi pelancaran Komuniti ASEAN 2025-2045.

Beliau berkata tempoh selama 20 tahun diperlukan untuk membuat rangka kerja yang bersepadu berasaskan kepada kesatuan negara-negara ASEAN dan bagaimana melonjakkan kemampanan blok ini dari segi ekonomi dan kepelbagaian terutama dalam zaman yang penuh mencabar seperti perubahan iklim dan sebagainya.

Itu yang akan dilakukan Malaysia selepas mengambil alih kepengerusian ASEAN, katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Penyelaras bagi Tonggak Ekonomi ASEAN); Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing (Menteri Penyelaras bagi Tonggak Sosiobudaya ASEAN) dan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.

Turut hadir adalah Pegawai Kanan Kerajaan, Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia serta wakil Pertubuhan Antarabangsa dan wakil media.

Semasa sidang kemuncak ASEAN di Laos ada kesepakatan di antara negara anggota untuk meneraju ASEAN ke tahap lebih tinggi, kata Mohamad.

Baca artikel lain: Pendekatan ASEAN terhadap geopolitik jadi contoh bagi negara membangun

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN, beliau berkata perkara itu masih di peringkat Mesyuarat Pegawai Kanan dan belum lagi dijadikan sebagai agenda Mesyuarat ASEAN.

Beliau berkata usaha untuk menjadikan negara itu sebagai anggota penuh sedang dipercepat dan Malaysia mahu proses membabitkan dokumentasi untuk keanggotaan penuh Timor-Leste dalam ASEAN dipermudahkan.

“Timor-Leste telah pun menjadi sebagai negara pemerhati sudah beberapa tahun. Usaha untuk menjadikan Timor-Leste ini sebagai ahli penuh ASEAN memang sedang dilakukan.

“Banyaklah dia punya dokumentasi yang perlu dilakukan, triti, tetapi kebanyakan dokumen-dokumen tersebut adalah berasaskan ekonomi dan kita telah minta tonggak ekonomi untuk melihat dan mengkaji jika boleh kita memendekkan dia punya senarai keperluan tersebut.

“Mengapa tidak kita berikan laluan awal kepada Timor-Leste untuk mereka menjadi ahli penuh,” katanya sambil menambah penyertaan Timor-Leste dalam keanggotaan negara ASEAN akan mampu memberi nilai tambah kepada blok ini.

Timor-Leste ketika ini masih menunggu keputusan konsensus negara-negara ASEAN untuk diterima sebagai anggota penuh blok serantau itu.

Penyertaan Timor-Leste ke ASEAN adalah satu proses yang bermula selepas kemerdekaan negara itu pada 2002.

Timor-Leste diiktiraf sebagai pemerhati ASEAN dan menyertai Forum Serantau ASEAN pada 2005 sebelum secara rasmi memohon keahlian pada 4 Mac 2011.

Pada 2022, pemimpin ASEAN yang berhimpun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja pada dasarnya bersetuju agar Timor-Leste menjadi anggota ke-11 kumpulan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This