ASPEK keselamatan dan pengurusan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bulan lepas, telah mendapat pengiktirafan daripada pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Trump turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bagi menyampaikan penghargaannya secara peribadi.
Beliau berkata Trump menzahirkan penghargaan tersebut semasa lawatan rasmi beliau ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan.
“Saya (masih) ingat, Presiden Trump minta kebenaran hendak berjumpa Ketua Polis Negara untuk menyatakan penghargaan kerana tahap pasukan keselamatan kita yang sangat membanggakan,” katanya seperti dilapor Bernama.
Baca artikel lain: Johor beri rebat 15 peratus bil air penduduk terjejas pencemaran sungai
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2, hari ini.
Anwar menambah, kejayaan Malaysia menguruskan lawatan pemimpin dunia jelas menarik perhatian antarabangsa.
“Tadi, saya ada mesyuarat di pejabat dengan satu daripada kumpulan pelaburan terbesar dunia dari New York… mereka sudah mempunyai beberapa pelaburan awal di sini namun kini mereka merasakan dengan perhatian global dan kejayaan pelbagai pasukan kita, mereka benar-benar kagum bukan sahaja dengan infrastruktur kita tetapi juga dengan keupayaan kita,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

