SYARIKAT swasta sekali lagi diminta memberi kelonggaran kepada para pekerja mereka untuk bekerja di rumah sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di ibu negara.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, peluang seperti ini tidak datang selalu dan sudah menjadi tanggungjawab semua pihak bagi menjayakannya demi menjaga nama baik negara.
Katanya, kali terakhir Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN adalah 10 tahun lalu, dan ia merupakan peluang terbaik bagi mempamerkan kepada dunia tentang progres dilakukan negara khusus dalam aspek pembangunan.
“Saya pun ambil maklum ramai yang mungkin perlu merancang perjalanan mereka, keberadaan mereka di tempat kerja.
“Maka saya mohon supaya terutama syarikat swasta untuk mengambil peluang ini memberikan sedikit ruang kepada para pekerja mereka untuk bekerja dari rumah.
“Perdana Menteri sebelum ini telah menyatakan agar syarikat-syarikat swasta perlu menggalakkan pekerja-pekerja mereka bekerja dari rumah,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Baca artikel lain: Malaysia perkukuh keselamatan maritim dengan teknologi pengawasan canggih
Sebagai Pengerusi dan tuan rumah ASEAN 2025, Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC bermula 26 hingga 27 Mei.
Bersempena dengan persidangan itu, dua mesyuarat peringkat tinggi turut dijadualkan berlangsung iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang akan menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antara rantau.
Sebagai persiapan menyambut kehadiran pegawai kanan, menteri dan ketua kerajaan ke ibu negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan beberapa latihan dan simulasi keselamatan bagi memastikan kelancaran serta tahap keselamatan sepanjang persidangan berlangsung.
Blok ASEAN terdiri daripada negara pengasas iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Anggota lain ialah Brunei, Laos, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.
Negara GCC pula merangkumi Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Oman dan Kuwait.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

