Dong Zong jangan angkuh dengan kementerian – di sinilah bumi kita, bukan di sana

Dari Penulis

OLEH: KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI

MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) merujuk pertemuan Dong Zong dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek baru-baru ini.

Menurut berita yang disiarkan, Dong Zong antara lain memohon agar Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf, mengekalkan Mandarin sebagai bahasa utama kurikulum sekolah jenis kebangsaan Cina, penempatan semula guru, perpindahan sekolah, guru ganti dan penyelarasan kurikulum bahasa Melayu untuk sekolah jenis kebangsaan.

MPM berdiri teguh di sisi Menteri Pendidikan agar tidak tunduk kepada sebarang tekanan daripada sebuah persatuan atau mana-mana persatuan yang sejak merdeka berpuluh tahun sehingga kini bersikap angkuh dan sombong dengan Kementerian Pendidikan seolah-olah merekalah kementerian yang sebenar.

Berhentilah mengganggu Kementerian Pendidikan!

Mengikut rekod kami sejak beberapa dekad, Dong Zong tidak pernah bersetuju dengan sebarang arahan rasmi kementerian terutama berkaitan dengan bahasa pengantar bahasa rasmi negara ini dan kurikulum kebangsaan yang bersandarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Pelbagai perkara dan usaha pihak kementerian selama ini kerap ditentang dengan kerasnya demi kepentingan yang sempit berbanding dengan semangat perpaduan rakyat dan satu keluarga Malaysia seluruhnya.

Mereka selalu campur tangan walaupun berkaitan urusan pentadbiran kementerian termasuk kurikulum dan ini tidak wajar dibiarkan. Kementerian tidak perlu melayan segala kerenah kerana mereka tidak akan pernah puas hati sampai bila-bila selagi semua hajat tidak dipenuhi.

Sebelum merdeka lagi Laporan Fenwu telah mengesyorkan agar bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi walaupun majoriti rakyat ketika itu lebih memahami bahasa Melayu sebagai bahasa pribumi.

Difahamkan dengan angkuhnya mereka pernah menolak penempatan guru-guru Melayu walaupun fasih Mandarin untuk ditempatkan di sekolah mereka. Kemungkinan besarnya dibimbangi guru yang ditempatkan itu akhirnya tiba masa akan menjadi guru besar, ketua jabatan di situ walaupun guru dalam kalangan mereka tidak ditolak oleh pihak lain untuk memegang jawatan kanan seperti guru besar dan lain-lain.

Mereka juga pernah menolak guru daripada keturunan sama jika tidak fasih Mandarin. Begitulah tebalnya kesombongan mereka. Keadaannya sama juga dengan kurikulum UEC yang tidak berorientasikan kurikulum kebangsaan seperti semua sekolah lain di Malaysia.

Baca artikel lain: Belanjawan 2025: Kebajikan, pendidikan anak-anak autistik akan dipastikan pada tahap terbaik

Di sini Malaysia dan semua anak Malaysia patut dicanai dengan acuan yang sama untuk menghasilkan insan yang berjati diri dan berkiblatkan Malaysia, bukan negara lain. Sehinggakan subjek sejarah negara ini dan pendidikan jasmani pun tidak mahu dipelajari dalam bahasa Melayu.

Akhirnya berdasarkan banyak kajian yang telah dibuat walaupun tamat enam tahun persekolahan, gagal menguasai bahasa Melayu yang mudah berbanding warga Bangladesh yang baru tiga bulan di sini.

Semasa terlibat dengan perbincangan antara kementerian dan pihak Dong Zong kira-kira lima tahun dulu telahpun kami dedahkan akan kepincangan dan kecacatan kurikulum UEC kepada kementerian dan wakil mereka, maka menteri dan kementerian wajib menolak usul pengiktirafan UEC yang tiada piawai pengiktirafan oleh badan bertauliah seperti peperiksaan oleh KPM, PT3, SPM dan STPM.

Sebuah buku khas “Tolak UEC: Perosak Sistem Kebangsaan” dengan berpuluh hujah telah pun kami sampaikan kepada Menteri Pendidikan dan juga Perdana Menteri beberapa bulan yang lalu.

Usaha kementerian memperkenal khat dan tulisan jawi yang juga sebenarnya merupakan satu bentuk tulisan bahasa Melayu yang asal dan bersejarah juga ditolak mentah-mentah dengan kerasnya.

Tulisan khat jawi umpama kaligrafi dalam tulisan Cina. Sesiapa pun termasuk orang Melayu tidak wajar menolak kaligrafi jika berpeluang belajar. Adakah dibimbangi kerana ada yang mengaitkan tulisan jawi dengan Islam? Sebenarnya tiada asas langsung kebimbangan itu sepertimana tulisan rumi juga banyak digunakan dalam penulisan pelbagai kitab agama lain yang tidak pula dibimbangkan.

Malah kitab agama Islam juga banyak ditulis rumi dan melalui bahasa Inggeris. Sepatutnya tulisan rumi dan bahasa Inggeris juga perlu dirisaukan?.

Bahasa Inggeris juga bukannya bahasa ibunda majoriti rakyat Malaysia termasuk bagi bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tentang bahasa Inggeris pula tidak pernah ditimbulkan langsung sebarang kegusaran walaupun bukan bahasa ibunda, tahapnya berbeza dan macam-macam lagi.

Program DLP bahasa Inggeris sanggup diterima sedangkan DLP dalam bahasa Melayu ditentang keras. Apakah Kementerian masih kelabu lagi tentang diri mereka? Tentang penyelarasan bahasa Melayu banyak pula “cekadaknya”. Ingat, undi bukanlah segala-gala.

Sekali tergadai, tergadailah selama-lamanya. Hubaya-hubaya anak bangsa dan pemimpin di Malaysia. Maruah bangsa, keutuhan dan jati diri sebuah negara lebih penting dipertahankan daripada tunduk kepada tekanan sebuah persatuan yang hanya sentiasa memikirkan kepentingan sempit mereka sendiri seolah-olah berpijak di bumi yang lain.

Penulis ialah Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani, Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This