MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) berhasrat untuk melakukan sifar ketirisan pada tahun ini susulan daripada pembentangan Belanjawan 2025 minggu lalu.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia merupakan satu di antara sasaran yang ditetapkan oleh beliau terhadap organisasi yang menjaga kebajikan golongan memerlukan itu.
Beliau pada masa sama menyatakan rasa syukur selepas peruntukan Mara ditambah seperti mana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.
“Alhamdulillah, peruntukan Mara dinaikkan dalam Bajet 2025. Peruntukan tambah baik premis perniagaan Mara dan Institusi Pendidikan Mara juga meningkat.
Baca artikel lain: Usaha rawat rakyat Palestin demi survival politik tidak benar
“Yang penting sifar ketirisan, Insya-Allah!,” katanya menerusi hantaran pendek di Facebook rasmi beliau, hari ini.
Dalam Belanjawan 2025, Mara antaranya menerima RM55 juta untuk kegunaan GiatMARA dan kolej komuniti bagi lima tahun dalam mengupaya 10,000 anak-anak huffaz dari institusi tahfiz serta pondok dengan latihan kemahiran.
Selain itu, RM800 juta pembiayaan di bawah Mara dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) disediakan untuk lebih ramai usahawan Bumiputera.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

