JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kekalahan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur apabila dibaham Gwangju FC, 1-3.
Jasir Fadil Asani meletakkan Gwangju FC di hadapan selepas memanfaatkan peluang dicipta oleh Oh Hoo-sung pada minit ketiga sebelum menambah jaringan lagi pada minit keenam.
Harimau Selatan kemudian bangkit menerusi jaringan Feroz Baharudin selepas menyudahkan sentuhan Juan Muniz pada minit ke-28.
Usaha JDT untuk mencari gol penyamaan kelihatan samar selepas bolos menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan dari Korea Selatan, Park Jun-heong pada minit ke-88.
JDT selepas ini akan berdepan Ulsan HD FC kendalian Kim Pan-gon pada 5 November depan.
Namun sebelum itu, JDT dijadualkan berdepan Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 27 Oktober ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

