Operasi rokok: KKM keluarkan 33 notis kompaun merokok bernilai RM8,250

Dari Penulis

SEBANYAK 33 notis kesalahan dengan nilai kompaun RM8,250 telah dikeluarkan sepanjang penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, notis yang dikeluarkan membabitkan kesalahan merokok di kawasan larangan merokok yang telah diwartakan.

“Sebanyak 18 notis dikeluarkan membabitkan kedai makan, kompleks beli-belah (7 notis) dan perhentian awam (8 notis),” katanya dalam sidang media selepas Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta 852 di Kampung Baru malam tadi.

Dalam operasi itu, sebanyak 150 premis di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diperiksa melibatkan pelbagai agensi lain.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 26 premis yang menjual produk merokok telah diberi penguatkuasaan berbentuk pendidikan, literasi, pencerahan.

“Sebanyak 202 infografik kesalahan-kesalahan di bawah Akta 852 juga telah diedarkan,” tambahnya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhayati Rusli (kanan) menampal poster larangan merokok di salah sebuah restoran ketika menyertai Operasi Mega Bersepadu Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di Kampung Baru, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam operasi itu, Dr Norhayati juga mengedarkan tanda larangan merokok yang baharu ditambah dengan logo rokok elektronik dan kod QR yang boleh diimbas bagi mengetahui lebih lanjut berkait khidmat nasihat kesihatan di 58 premis sekitar Kampung Baru.

“Pemilik premis juga tidak dibenarkan letak bekas abu rokok bagi elak pelanggan merokok.

“Jika pelanggan merokok, pemilik premis diminta untuk menasihatkan dengan berhemah agar tidak merokok di kawasan larangan.

“Sekiranya pelanggan masih berdegil, aduan boleh dibuat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau bilik gerakan. Maklumat pengadu adalah rahsia,” ujarnya.

Jelasnya, kawasan yang sering diterima aduan berkenaan isu merokok akan dibuat rondaan dengan lebih kerap oleh pegawai.

Operasi Mega Bersepadu di Kuala Lumpur merupakan pelaksanaan kelapan sejak 1 Oktober selepas dilakukan di Melaka, Sabah, Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This