PN tak perlu bentang belanjawan alternatif – Tuan Ibrahim

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) tidak perlu membentangkan belanjawan bayangan sebagai alternatif kepada belanjawan tahunan yang dibentangkan kerajaan.

Perkara tersebut dinyatakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man seperti dilaporkan Astro Awani, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, pihak yang ingin melihat belanjawan dibentangkan PN perlu menunggu sehingga gabungan itu mengambil alih kerajaan.

Beliau berkata, pembangkang berperanan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan, bukannya dilaksanakan menerusi penyediaan belanjawan alternatif.

“Pembangkang berperanan dalam semak dan imbang melalui penilaian bajet, bukan dengan menyediakan bajet bayangan.

“Tanggungjawab menyediakan bajet adalah milik kerajaan, dan pembangkang akan meneliti serta mencadangkan penambahbaikan,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mempersoalkan PN yang tidak pernah membentangkan belanjawan bayangan seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang sebagai saingan kepada belanjawan kerajaan.

Baca artikel lain: Belanjawan 2025 Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat peruntuk RM421 bilion

Tze Tzin berkata, belanjawan bayangan daripada pembangkang itu penting sebagai sebahagian langkah semak dan imbang kepada kerajaan melalui cadangan yang membantu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berpandangan, kenyataan dikeluarkan Tze Tzin itu seolah-olah menunjukkan kurang keyakinan kepada belanjawan dikeluarkan kerajaan sendiri.

“Saya nampak kenyataan beliau menunjukkan tiada keyakinan terhadap bajet kerajaan, sehingga mahu lihat bajet pembangkang,” tambahnya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2025 yang menyaksikan sebanyak RM421 bilion diperuntukkan – nilai tertinggi berbanding bajet-bajet yang dinyatakan sebelum ini.

Bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’, peruntukan bagi Belanjawan 2025 itu juga meningkat berbanding RM393.8 bilion dalam Belanjawan 2024 iaitu bajet kedua Kerajaan Perpaduan, Oktober lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Puad Zarkashi sah tidak pertahan DUN Rengit, beri laluan kepada pemimpin muda

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan...

More Articles Like This