Atur gerak penggiliran pasukan baru MALBATT 850-12 bermula 6 November

Dari Penulis

PASUKAN Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang sedang bertugas di selatan Lubnan dijadualkan tamat tempoh penggiliran pada 14 November ini, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Adly berkata kerajaan akan melaksanakan atur gerak penggiliran untuk pasukan MALBATT 850-12 bermula pada 6 November ini.

“Perlu saya ingatkan bahawa anggota ini akan melalui atur gerak penggiliran dalam tempoh setahun. Jadi, jika kita lihat, MALBATT 11 akan berkhidmat hingga 14 November dan selepas itu, mulai 6 November, kami akan mengatur gerak pasukan baru bagi MALBATT 12,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sama ada kerajaan melihat kepentingan kebajikan anggota MALBATT.

Menjelas lanjut, Adly berkata kebajikan pasukan negara sentiasa menjadi keutamaan di bawah garis panduan yang ditetapkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), bagi menjamin keselamatan semua pasukan di bawah misi pengaman berkenaan.

Baca artikel lain: Pasukan MALBATT di Lubnan selamat, tiada kemalangan jiwa – Mohamed Khaled

Sebarang kecederaan atau risiko lebih besar katanya, menjadi tanggungjawab UNIFIL dalam menyediakan perkhidmatan bantuan sepanjang tempoh perkhidmatan pasukan pengaman negara di Lubnan.

Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai status pasukan MALBATT susulan serangan tentera Israel di selatan Lubnan dan Beirut serta usaha mengkaji semula penglibatan Malaysia dalam misi pengaman tersebut, Adly berkata pasukan tersebut berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan aset.

Adly berkata penggiliran atur gerak MALBATT 850-11 adalah dari 14 November 2023 sehingga 14 November 2024, melibatkan seramai 853 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia termasuk seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dan 29 anggota daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

“Selain Malaysia, sebanyak 50 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyertai misi UNIFIL ini dengan jumlah anggota dan pegawai keseluruhan adalah 10,058 orang,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This