JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut tropika Trami sedang aktif di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke Barat menghala ke Vietnam.
Katanya, keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelajuan angin sehingga 28 Oktober ini.
Jelasnya, ia berpotensi membawa hujan berterusan di barat Sabah serta pembentukan garis badai di utara dan pantai timur semenanjung dalam tempoh tersebut.
“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa sehingga 25 Oktober.
Baca artikel lain: Atur gerak penggiliran pasukan baru MALBATT 850-12 bermula 6 November
“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 27 Oktober ini,” katanya dalam kenyataan , hari ini.
Katanya lagi, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi Met Malaysia selain memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

