Kekangan kewangan punca pembinaan tembok keselamatan sepanjang sempadan tak dilaksana

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KOS pembinaan yang tinggi dan kekangan kewangan semasa negara menyebabkan pembinaan tembok keselamatan di sepanjang sempadan antara Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia tidak dapat dilaksanakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, pembinaan tembok keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia memang dalam perancangan kerajaan.

Kata beliau, ia berada dalam perancangan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri.

“Pada masa kini, melalui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), kerajaan telah meluluskan penaiktarafan pagar keselamatan sedia ada kepada standard yang lebih baik iaitu tembok keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand.

Baca artikel lain: Tahap kesediaan Kuala Lumpur bagi Kepengerusian ASEAN 2025 dibincangkan hari ini

“Kerajaan juga sedang merancang untuk melaksanakan kajian awalan bagi pembinaan tembok keselamatan di sepanjang Sungai Golok, Kelantan; Pulau Sebatik, Sabah dan laluan-laluan haram di Padang Terap, Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Dr Zaliha menjawab soalan dikemukakan Pang Hok Liong (PH-LABIS) yang meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah kerajaan merancang membina tembok atau pagar lengkap di sepanjang sempadan antara Malaysia dan Thailand bagi mencegah kegiatan penyeludupan dan mencegah pemerdagangan manusia.

Ini kerana Hok Liong berkata negara kehilangan berbilion ringgit setiap tahun akibat kegiatan penyeludupan di sempadan Thailand-Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This