KKM sedia pinda undang-undang tangani salah laku babit pesakit mental – Dr Dzulkefly

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) bersedia meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesihatan mental bagi menangani individu tidak siuman menggunakan “tiket” kesihatan mental untuk bebas daripada hukuman berat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata sebarang pindaan terhadap undang-undang memerlukan satu penelitian cermat.

Beliau berkata isu berkenaan akan dibawa untuk perbincangan lanjut dalam mesyuarat pasca Kabinet KKM, dan merujuk kepada penasihat undang-undang KKM.

“Tapi lebih mustahak adalah memahami setiap kes sebelum membuat tindakan dan persepsi lanjut,” katanya.

Semalam laporan eksklusif Bernama bertajuk “Pesakit mental ‘kalis’ undang-undang, bebas hukuman?” mendedahkan kebimbangan masyarakat apabila berlaku sesuatu jenayah melibatkan mereka yang didakwa mengalami masalah kesihatan mental, ia berkemungkinan menjurus kepada tiada pembelaan wajar terhadap mangsa dan keluarga, atas alasan pelaku tidak berada dalam keadaan mental yang waras.

Ia susulan insiden tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu yang maut akibat dirempuh kereta yang dipandu seorang pemandu wanita baru-baru ini menyentuh hati ramai pihak.

Pemandu wanita yang menyebabkan kemalangan itu didakwa tidak siuman atau mengalami masalah kesihatan mental, dan alasan sedemikian bukanlah satu perkara baharu kerana banyak kejadian seumpamanya berlaku sebelum ini, bahkan turut melibatkan kes pembunuhan.

Baca artikel lain: PBT perlu rancangan pengurusan aliran air lebih baik elak banjir kilat

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tidak sepatutnya berlaku penggunaan kesihatan mental untuk melakukan kesalahan.

Beliau berkata tiada justifikasi menyatakan kesihatan mental boleh digunakan sebagai bukti atau keterangan yang digunakan untuk menyokong atau membuktikan sesuatu kes.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata Program Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus diperhebat dalam menangani isu kebersihan dan keselamatan makanan di premis khusus kedai mamak.

Selain itu, beliau berkata penguatkuasaan di lapangan diadakan secara kerap selain memperhebat kempen BeBAs (Bersih, Bebas Asap) yang memberi pengiktirafan kepada premis bersih dan selamat.

Mengenai MIH Megatrends 2024, Dzulkefly berkata Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang memacu persidangan kesihatan dengan kerjasama swasta.

Beliau berkata MIH Megatrends akan diangkat dalam mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) pada 2025.

Dzulkefly berkata dalam persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN pada 2025, penganjuran MIH Megatrends 2024 dapat mengukuhkan lagi reputasi sebagai platform kritikal untuk perbincangan mendalam, terutama berkaitan perkara yang boleh mempengaruhi dasar, dan amalan penjagaan kesihatan serantau seperti pembiayaan penjagaan kesihatan yang mampan dan akses yang saksama.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hadi sahkan pertemuan pemimpin Pas dan UMNO, beri bayangan penyatuan parti politik Melayu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan berlaku pertemuan antara pemimpin parti itu dengan UMNO, malam tadi. Ia susulan...

More Articles Like This