Enam kereta elektrik China diagih ke institusi TVET Malaysia

Dari Penulis

SEBANYAK enam kereta elektrik dari China akan diagihkan kepada institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia untuk dijadikan bahan pembelajaran amali pelajar institusi terlibat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata kereta berkenaan merupakan hadiah daripada Beifang Automotive Education Group kepada Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyantuni masyarakat India pada majlis sambutan Deepavali peringkat Parlimen Bagan Datuk di Kompleks UMNO, Bagan Datuk.

“Kami merancang untuk mengagihkan masing-masing satu kenderaan elektrik (EV) ini kepada Automotive Center Institusi Kemahiran Tinggi Perda di Pulau Pinang dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Sarawak.

“Empat lagi kita akan agihkan kepada institusi TVET di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuk GiatMARA, IKM (Institut Kemahiran MARA) dan beberapa yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks UMNO Bagan Datuk di Bagan Datuk hari ini.

Ahmad Zahid berkata inisiatif berkenaan bertujuan membolehkan pelajar mendapat pendedahan teknologi baharu kenderaan elektrik yang semakin mendapat tempat dalam industri automatif, selain pendidikan berkaitan kenderaan konvensional.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata lebih 100 tenaga pengajar di negara ini telah dihantar ke China untuk mengikuti kursus automotif terbabit.

“Tempoh bagi kesemua tenaga pengajar yang menghadiri kursus berhubung automotif itu adalah antara tiga hingga enam bulan sahaja kerana ia bidang yang telah pun dipelajari mereka,” katanya.

Ahmad Zahid berkata menerusi penambahan peruntukan TVET pada Belanjawan 2025 baru-baru ini, pihaknya akan berbincang dengan Beifang untuk menambah jumlah pelajar daripada pelbagai kaum di negara ini, mengikuti latihan di institusi itu.

Kerjasama dengan Beifang International Education setakat ini menyaksikan lebih 2,000 pelajar dihantar ke China, katanya.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This