Labur RM47 juta, Khazanah dan PNB terima RM3.1 juta jual saham FashionValet

Dari Penulis

KHAZANAH Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet), menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Kementerian itu menjelaskan penjualan tersebut merupakan langkah keluar yang bertanggungjawab oleh Khazanah dan PNB daripada FashionValet kepada pelabur strategik.

Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur sejumlah RM47 juta (Khazanah: RM27 juta, PNB: RM20 juta) untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet, tambah kementerian itu.

“Jumlah kerugian daripada penjualan saham FashionValet adalah amat kecil berbanding keseluruhan pendapatan yang dijana oleh Khazanah dan PNB pada tahun berkaitan,” menurut MOF menerusi jawapan bertulis bertarikh 28 Oktober yang disiar menerusi laman sesawang Parlimen hari ini.

Baca artikel lain: Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan tidak terima gaji sebagai PM

Kementerian itu menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) mengenai jumlah pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet serta jumlah kerugian akibat penurunan nilai dan penjualan saham dalam syarikat itu.

MOF juga menjelaskan berikutan pandemik COVID-19 dan pasaran pengumpulan dana yang mencabar, perniagaan syarikat FashionValet telah terjejas teruk dan lanjutan daripada itu, FashionValet memerlukan modal baharu yang besar untuk meneruskan operasi.

“Pada akhir 2023, sebuah syarikat bumiputera iaitu NXBT Partners telah menawarkan untuk mengambil alih pegangan saham sedia ada Khazanah dan PNB dalam FashionValet dan menyuntik modal yang diperlukan ke dalam syarikat tersebut.

“Sehubungan itu, kesemua pemegang saham telah bersetuju menerima tawaran tersebut,” tambah MOF.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This