Kertas siasatan FashionValet sudah lengkap, keputusan seterusnya masa terdekat – SPRM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun melengkapkan siasatan berhubung kes kerugian pelaburan sebanyak RM43.9 juta beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan ringkas memaklumkan, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya itu untuk kajian serta pertimbangan.

“Keputusan berhubung siasatan ini akan diperolehi dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, SPRM menjangkakan siasatan kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet itu tidak boleh diselesaikan dalam masa singkat.

Ini kerana siasatan itu membabitkan beberapa keputusan korporat sekali gus mengambil masa untuk diselesaikan.

Baca artikel lain: SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet

SPRM mengesan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan dalam syarikat e-dagang berkenaan.

Azam dilaporkan berkata, transaksi mencurigakan itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu.

SPRM turut dilaporkan merampas kira-kira 60 kotak mengandungi pelbagai dokumen daripada FashionValet, Khazanah dan PNB bagi membantu siasatan.

Pada masa sama, SPRM menggeledah kediaman pasangan yang juga pengasas syarikat berkenaan dan menyita 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

Malah, SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas terbabit.

Isu berhubung kerugian pelaburan dalam FashionValet itu menjadi hangat selepas Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 28 Oktober lalu memaklumkan bahawa Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tarif air Pulau Pinang naik Julai ini

MAJORITI pengguna air domestik di Pulau Pinang dijangka akan menanggung pertambahan kecil dalam bil bulanan apabila pelarasan tarif air...

More Articles Like This