KPT semak dakwaan pelajar jadi tentera upahan di Ukraine

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyemak kesahihan mengenai dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di luar negara menjadi tentera upahan dalam konflik antara Ukraine dan Rusia.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung perkara itu.

Beliau berkata, pihaknya akan menyemak kesahihan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kita akan semak.. ini terlalu pramatang bagi saya untuk komen sebab saya perlu menyemak fakta terlebih dahulu (berhubung penglibatan pelajar sebagai tentera asing).

“Nanti kalau ada apa-apa, kita akan maklumkan kepada media,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi, hari ini.

Zambry sebelum itu hadir dalam Program Temu Anwar yang diadakan di universiti berkenaan.

Baca artikel lain: Polis siasat kesahihan kad pengenalan, lesen memandu ditemukan di Ukraine

Semalam, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiasat dakwaan seorang rakyat tempatan berkhidmat sebagai tentera upahan asing dalam konflik Ukraine dan Rusia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, pihaknya telah berhubung dengan pihak keluarga individu terbabit dan memaklumkan bahawa individu berkenaan hanya belajar di luar negara.

PDRM menerusi Jabatan Cawangan Khas juga sedang mendapatkan maklumat daripada pihak Kedutaan Rusia berhubung warga tempatan terbabit.

Sebelum ini, tular penemuan dua keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Dokumen berkenaan antaranya menunjukkan alamat berdaftar di Padang Besar, Perlis.

Dokumen itu didakwa ditemui selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This