U Mobile Sdn Bhd telah diumumkan sebagai pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bagi melaksanakan rangkaian 5G kedua Malaysia.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah melaksana proses terperinci daripada aspek teknikal dan komersial untuk memilih MNO yang akan melaksanakan Rangkaian 5G kedua Malaysia.
Menurut MCMC, ia dilakukan demi memastikan potensi sebenar teknologi 5G memberi manfaat kepada rakyat.
“Proses pemilihan ini melibatkan perbincangan mendalam yang merangkumi aspek teknikal dan komersial bagi memastikan setiap faktor dapat dipertimbangkan agar pelaksanaan Rangkaian 5G kedua Malaysia berjalan lancar dan memberi impak positif kepada semua.
“Sehubungan dengan itu, Rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, MCMC memberitahu, U Mobile dibenarkan untuk bekerjasama dengan MNO lain tertakluk kepada kelulusan MCMC bagi memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam pelaksanaan Rangkaian 5G kedua Malaysia.
Baca artikel lain: Hantaran bersifat palsu, jelik: MCMC ambil keterangan Razman
“MCMC akan terus memantau kemajuan pelaksanaan Rangkaian 5G kedua Malaysia bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap semua keperluan peraturan seperti yang termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),” katanya.
September lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata pengendali yang akan terlibat untuk membangunkan rangkaian 5G kedua dijangka diumumkan beberapa minggu lagi.
Beliau berkata pembangunan rangkaian 5G kedua itu kini dalam fasa minggu terakhir sebelum MCMC memuktamadkan penelitian mengenai proses tender yang bermula 1 Ogos lepas.
Pada 15 Ogos lepas, Fahmi berkata empat pengendali MNO telah mengemukakan bidaan masing-masing kepada MCMC untuk mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua.
Fahmi berkata MNO itu adalah CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan U Mobile Sdn Bhd.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

