DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil langkah tegas dengan merobohkan sebanyak 17 struktur penjaja haram di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek, hari ini.
DBKL dalam kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut dilakukan bagi memastikan aktiviti penjajaan haram tidak dibiarkan berleluasa.
Pada masa sama, kata DBKL, ia juga memelihara imej dan reputasi Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang teratur dan bersih.
“Aktiviti penjajaan haram yang semakin bertambah ini bukan sahaja memberikan imej negatif kepada persekitaran, malah mengganggu lalu lintas, utiliti awam dan menjejaskan kebersihan.
“DBKL tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang mementingkan diri sendiri dengan membina struktur secara haram yang mencetuskan pelbagai masalah kepada penduduk,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Baca artikel lain: DBKL disaran bangunkan sistem terowong utiliti tingkatkan penyelenggaraan
Mengulas lanjut, DBKL memberitahu, tindakan perobohan itu telah dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor.
Katanya, langkah tersebut dilaksanakan selepas pemakluman selama 14 hari diberikan kepada penjaja haram berkenaan untuk mengosongkan tapak.
Malah, DBKL memberitahu telah mengadakan libat urus dengan Persatuan Penduduk PPR Jelatek dan beberapa siri bancian bagi mengenal pasti penjaja yang tidak aktif.
“DBKL ingin menegaskan bahawa mana-mana struktur penjaja haram di kawasan PPR akan terus dibendung bagi mengelakkan pencerobohan berulang dan memastikan kawasan perumahan adalah selesa untuk didiami.
“DBKL akan terus komited dalam usaha menguatkuasakan undang-undang dan memastikan kesejahteraan Bandar Raya Kuala Lumpur terpelihara,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

