Honda Malaysia panggil semula 36,000 unit Civic, Civic Type R, CR-V

Dari Penulis

HONDA Malaysia hari ini mengumumkan kemas kini produk proaktif membabitkan kira-kira 36,000 unit Civic, Civic Type R dan CR-V.

Honda Malaysia dalam kenyataan berkata, tindakan ini adalah untuk mengemaskini kotak gear Electric Power Steering (EPS).

Honda berkata, roda kotak gear EPS boleh membengkak, ketebalan filem gris berkurang dan menyebabkan bunyi stereng yang tidak normal atau melekit.

Katanya, model yang terlibat adalah Civic tahun 2022-2024, Civic Type-R tahun 2023-2024, dan CR-V tahun 2024.

“Honda Malaysia memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terjejas dan memberi jaminan bahawa model pengeluaran dan jualan semasa yang lain tidak terjejas dalam kemas kini produk ini.

“Syarikat percaya kemas kini produk proaktif ini perlu oleh kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan Honda Malaysia.

“Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat makluman, yang akan disertakan bersama butiran mengenai kemas kini produk,” katanya.

Honda Malaysia menggesa semua pelanggan yang terlibat dalam kemas kini ini untuk menghubungi mana-mana pengedar sah Honda bagi membuat temu janji setelah menerima surat makluman yang membolehkan kenderaan diperiksa atau dibaiki.

Honda Malaysia juga akan menanggung kos pemeriksaan, pembaikan atau penggantian bahagian yang terjejas dalam tindakan ini.

Stok gantian akan sedia secara berperingkat bermula Disember 2024.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This