JABATAN Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi kedua dikemukakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggugurkan dua pertuduhan menghasut terhadapnya berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada Julai tahun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin, hari ini.
Susulan itu, Masri berkata beliau memohon tarikh sebutan baharu bagi keputusan berhubung representasi tersebut.
Baca artikel lain: IGN anjur 2 persidangan belia dunia tahun depan libat peserta dari 60 negara
“Pihak kami masih meneliti representasi dikemukakan tertuduh. Kami masih tidak dapat memberikan keputusan pada hari ini. Saya cadangkan satu tarikh sebutan baharu untuk kita dapatkan keputusan iaitu pada 10 Dis 2024 dan dapatkan tarikh perbicaraan untuk pihak-pihak (pembelaan dan pendakwaan),” katanya.
Sementara itu, peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, mengesahkan perkara berkenaan dan bersetuju dengan cadangan tarikh yang dikemukakan pihak pendakwaan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

