Enggan bayar denda MyKad hilang, ejen hartanah buat laporan palsu jadi mangsa samun

Dari Penulis

GARA-gara tidak mahu membayar denda kerana MyKad hilang, seorang ejen hartanah sanggup membuat laporan palsu kononnya menjadi mangsa samun di kawasan Kampung Bersatu, Puchong pada 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pengadu seorang lelaki berusia 36 tahun itu mendakwa telah disamun dua lelaki berbangsa tidak pasti yang menaiki motosikal dengan menggunakan pisau.

Beliau berkata, pengadu yang ketakutan telah menyerahkan barangan berharga kepada suspek dan mengalami kerugian sebanyak RM70.

“Hasil soal siasat terhadap pengadu mendapati tiada kejadian samun berlaku.

“Pengadu membuat laporan palsu kerana kad pengenalan telah hilang dan enggan membayar denda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 182/395/397 Kanun Keseksaan.

Katanya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan pertuduhan ke atas suspek.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This