POLIS mengesahkan beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilapor hilang sebelum ditemukan di sekitar Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati kejadian pada 6 November lalu itu berpunca akibat kecuaian.
Katanya, kejadian berlaku apabila wang yang diambil dari sebuah bank di Ampang Point oleh sebuah van syarikat kawalan keselamatan untuk dibawa ke sebuah bank lain di Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, tiba di satu selekoh di AKLEH, pintu belakang van itu dipercayai terbuka dan menyebabkan beg berkenaan terjatuh.
“Perkara itu tidak disedari dua pengawal keselamatan bertugas sebelum beg berkenaan ditemukan orang awam,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor hari ini.
Jelasnya, dua pengawal keselamatan iaitu lelaki dan wanita berusia 52 dan 38 tahun yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.
“Namun, kita sudah merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi keputusan lanjut.
“Kes setakat ini masih diklasifikasikan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
UtusanTV sebelum ini melaporkan, kehilangan beg berkenaan disedari pemandu van keselamatan selepas mendapati pintu kenderaan itu dalam keadaan terbuka, sebelum membuat laporan polis.
Susulan itu, dua pengawal keselamatan ditahan bagi membantu siasatan.
Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua tangkapan adalah negatif dan pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Beg itu kemudian ditemui oleh orang awam pada pukul 9.02 pagi hari Khamis di kawasan Ampang Point.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram