POLIS mengesahkan telah mengeluarkan saman kepada pemandu Axia susulan video tular perselisihan faham antara dua pemilik kenderaan yang terlibat kemalangan di Jalan Beladau 17, Taman Puteri Wangsa, pada Ahad.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/7727
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai video tersebut semalam.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila pemandu e-hailing yang menaiki Perodua Axia iaitu seorang lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan dari Bukit Jaya ke Taman Puteri Wangsa.
“Sampai di lokasi, pemandu Axia telah keluar simpang dan berlanggar dengan Perodua Aruz yang dipandu wanita berusia 41 tahun.
“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua kereta mengalami kerosakan kecil.
“Berlaku perselisihan faham antara pemandu akibat tidak puas hati yang berpunca dari kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan dijalankan di bawah Rule 3(2)(B) LN166/59.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Noor Hazlin Aliman di talian 013-6009498.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram