Anwar, Luxon bincang kerjasama, tingkat perdagangan antara kedua-dua negara

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat bersama rakan sejawat beliau dari New Zealand, Christopher Luxon, sebelum bermula hari terakhir Sidang Kemuncak APEC 2024.

“Kami sepakat untuk melonjakkan lagi hubungan antara kedua-dua negara menerusi kerjasama pelbagai bidang, terutamanya meningkatkan perdagangan dan pelaburan (sehingga) sebanyak 50 peratus menjelang 2030.

“Kami turut membincangkan kerjasama dalam bidang pendidikan Teknologi Maklumat (IT), kejuruteraan, pertanian dan industri halal,” kata beliau di luar acara Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Baca artikel lain: Didakwa kena pukau, polis buru wanita ambil barang kemas jurujual bernilai RM4,000

New Zealand merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Australasia dengan nilai perdagangan mencecah US$2.54 bilion tahun lepas.

Selain itu, kedua-dua negara juga turut menyasarkan peningkatan perdagangan dua hala sebanyak 50 peratus menjelang 2030, terutamanya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi dan ekonomi digital.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki berpakaian seperti askar, bawa senjata di Kepong

PIHAK polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan...

More Articles Like This