KERAJAAN akan sentiasa bergerak aktif menarik pelaburan berkualiti termasuk memperkasa strategi perdagangan Global South dengan negara seperti Brazil.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, banyak syarikat Brazil menyatakan minat untuk terus meneroka peluang pelaburan di Malaysia.
Hal itu menurut beliau kerana selepas mengambil kira dasar yang jelas seperti yang digariskan di bawah Ekonomi MADANI.
Oleh hal yang demikian, beliau berkata, adalah penting supaya industri dan ekosistem perniagaan dalam negara terus diperkasa supaya fokus utama dari sudut ekonomi dan pembangunan akan dapat dicapai.
“Mengetuai misi pelaburan dan perdagangan Malaysia dalam sesi meja bulat bersama 27 syarikat termasuk persatuan perniagaan Brazil.
“Kesemua syarikat dan persatuan perniagaan ini terdiri daripada pelbagai sektor antaranya semikonduktor, aeroangkasa, produk petro kimia dan pemprosesan makanan di Brazil.
“Walaupun Malaysia dikenali sebagai hab semikonduktor dan tenaga boleh baharu serta diantara negara yang merekodkan kepesatan pembangunan dalam industri Pusat Data dan Kecerdasan Buatan (AI), namun masih terdapat potensi untuk ia terus berkembang,” katanya dalam kenyataan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

