Presiden Brazil terima undangan hadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2025 – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva telah menerima undangan beliau untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada 2025 sebagai Tetamu Pengerusi.

“Undangan itu diterima dengan sukacita oleh Presiden Luiz Inácio Lula da Silva,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan Malaysia, menerusi satu kenyataan bersama hari ini.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Presiden Lula kerana mengundang beliau untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 di sini.

Anwar tiba di Lima pada Sabtu lepas untuk mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Peru, negara terbesar di Amerika Selatan.

Malaysia, bersama-sama 16 lagi negara termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam, turut menjadi negara tetamu pada Sidang Kemuncak G20.

G20 terdiri daripada 19 negara dan dua kesatuan iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika.

Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Putrajaya dan Brasília, meraikan hubungan dua hala yang kukuh berdasarkan nilai-nilai serta matlamat bersama seperti keamanan, kerjasama dan pembangunan mampan.

Pada 2023, Brazil adalah rakan perdagangan ke-20 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-29 terbesar dan sumber import terbesar ke-17 negara.

Antara negara-negara di Amerika Latin dan Caribbean, Brazil adalah rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import terbesar negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This