POLIS Kajang melupuskan barang kes membabitkan siasatan jenayah dan komersial bernilai RM1,876,700 di bawah pentadbiran daerah Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pelupusan barang kes ini dilaksanakan mengikut peraturan undang-undang di bawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 406 A, Kanun Prosedur Jenayah.
Beliau berkata, pelupusan barang kes jenayah hari ini melibatkan kes jenayah kontraban iaitu rokok dan minuman keras tidak bercukai, mesin judi, mesin bitcoin pelbagai jenis.

Gambar: Hafiz Aiman
“Bagi kes siasatan jenayah komersial, barang kes yang dilupuskan adalah mesin komputer, telefon bimbit, kad mesin teler automatik (ATM), kertas dokumen, cakera padat video dan cakera padat digital, serta barang-barang kes am bagi tempoh tahun 2019 hingga 2024 dianggarkan bernilai RM1,876,700.
“Tindakan pelupusan hari ini melibatkan sebanyak 275 kertas siasatan jenayah serta 38 kertas siasatan jenayah komersial dari IPD Kajang yang mana kesemua siasatan telah berjaya diselesaikan dengan tindakan pendakwaan dan pesalah sudah dijatuhkan hukuman sebelum mendapat arahan pelupusan oleh pendakwaan dengan kelulusan mahkamah,” katanya pada Majlis Pelupusan Barang Kes Jenayah dan Komersial IPD Kajang di Balai Polis Bandar Baru Bangi hari ini.
Jelasnya, pelupusan hari ini meliputi barang kes Op Dadu iaitu perjudian yang berjumlah 1,504 set mesin slot judi, komputer, komputer riba , telefon bimbit, amplifier dan pembesar suara dengan jumlah rampasan bernilai RM109,400.

Katanya, bagi barang kes kontraban rokok dan minuman keras tidak bercukai melibatkan rampasan 572 tin minuman keras, 23,469 botol arak serta 4,018 karton bersama 3,400 kotak rokok pelbagai jenama berjumlah RM908,700.
“Bagi barang kes bitcoin iaitu melibatkan 713 mesin bitcoin bersama 84 unit perkakasan dengan nilai rampasan berjumlah RM161,600.
“Barang kes Op Merpati iaitu pusat panggilan scammer melibatkan 127 set komputer riba, 411 telefon bimbit, 13 kad ATM dan barang kes am termasuk 173,065 cakera padat video dan digital (VCD/DVD) membabitkan rampasan berjumlah RM 697,000 serta 175 plastik hitam dan 30 bungkusan berisi dokumen,” ujarnya
Naazron berkata, barang kes yang mendapat kelulusan mahkamah Majistret Kajang dan Bandar Baru Bangi bagi tujuan pemusnahan akan dilupuskan dengan cara musnah iaitu menggunakan kaedah e-waste (sisa elektronik dan jualan sisa besi dan pepejal.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

