PENERBANGAN Malaysia Airlines (MAS) MH79 yang sepatutnya tiba di Kuala Lumpur dari Hong Kong terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City, hari ini.
Perkara itu disahkan Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataannya hari ini.
Menurut MAG, pesawat MH79 itu terpaksa dilencongkan ekoran isu teknikal ketika penerbangan.
Syarikat itu emmberitahu, penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat di Ho Chi Minh City pada pukul 10.40 pagi waktu tempatan.
“Demi kepentingan keselamatan, juruterbang bertugas membuat keputusan untuk melencongkan penerbangan bagi memastikan isu itu dapat diselesaikan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi asal, Kuala Lumpur.
Baca artikel lain: Kadar prestasi tepat masa Malaysia Airlines meningkat lebih 80 peratus pada Oktober – Hasbi Habibollah
“Pada setiap masa, keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi,” katanya.
MAG memaklumkan, penumpang bagi penerbangan tersebut sedang dialihkan ke penerbangan alternatif bagi memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing.
Jelasnya, sebahagian penumpang pula disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang.
“Malaysia Airlines kesal atas kesulitan dan gangguan kepada rancangan perjalanan penumpang,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

