Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat

Dari Penulis

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Amaran itu turut dikeluarkan bagi Kedah meliputi Padang Terap, Sik dan Baling, Perak (Hulu Perak), Kelantan, Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera) serta Mersing, Johor.

Baca artikel lain: Baju hujan dari plastik beras

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Jumaat ini yang dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang.

Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Pahang (Raub dan Bentong), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini di laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan atau menghubungi MetMalaysia di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This