Beberapa laluan di Tanah Merah ditutup, jalan terputus akibat banjir

Dari Penulis

Beberapa jalan di daerah Tanah Merah ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang menenggelami jalan selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Dearah Tanah Merah  Supt  Mohd  Haki Hasbullah berkata antara jalan persekutuan yang ditutup kepada semua kenderaan adalah Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Kilometer (km) 7.40 sehingga km 8.40 ditenggelami.

Selain itu, terdapat tiga jalan negeri yang masih ditutup, iaitu Jalan Bukit Panau-Bendang Nyior di km 10 Kampung Bukit Kechik ke arah Kampung Bukit Muring, yang merupakan jalan alternatif  ke Jeli, Pasir Mas dan Tanah Merah.

“Jalan Tanah Merah-Kampung Ipoh Batu 8 di km 3.0 sehingga km 7.10 berdekatan Kampung Kusial, dan Jalan ke Loji Membersih Air Bukit Remeh di km 0.3 sehingga 0.80 berdekatan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Tanah Merah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pihaknya meminta pengguna jalan raya agar tidak mengambil risiko meredah jalan yang banjir untuk meneruskan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Susulan itu, masyarakat di Tanah Merah tidak perlu berlengah untuk berpindah jika terkesan banjir bagi mengelakkan kesukaran kepada agensi penyelamat memberi bantuan.

“Sejak Selasa sehingga Rabu semalam, kami telah berjaya memindahkan seramai 3,248 mangsa ke 24  Pusata Pemindahan Sementara (PPS)  di daerah ini.

“Saya dan pasukan bertungkus-lumus untuk memberikan bantuan semaksimum yang boleh kepada masyarakat yang terkesan,” katanya.

Mohd Haki berkata beliau bersama pegawai dan anggota memulakan operasi menyelamat dan memindahkan  mangsa  banjir sejak pukul 6.30 pagi sehingga 9 malam tadi.

“Kami mengingatkan masyarakat yang terkesan banjir untuk tidak berlengah dalam membuat persiapan dan berpindah dengan kadar segera dengan membawa bersama  dokumen-dokumen penting ke PPS,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This