Jumlah nilai rampasan Ops Tiris 3.0 RM88.96 juta – Fuziah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

NILAI rampasan keseluruhan bagi Ops Tiris 3.0 yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjumlah RM88.96 juta.

Timbalan Menteri KPDN, Senator Dr Fuziah Salleh berkata, statistik itu berdasarkan penguatkuasaan Ops Tiris 3.0 yang bermula dari 1 Januari hingga 27 November lalu.

Dalam tempoh itu, kata beliau, sebanyak 39,653 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara dengan 2,570 kes telah dihasilkan.

Fuziah berkata, sebanyak 606 orang individu telah ditangkap sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Tiris 3.0 ini melibatkan warga tempatan, warga asing dan pemastautin tetap. 

“Manakala bagi pelaksanaan Ops Tiris 3.0 di Melaka mencatatkan 1,311 pemeriksaan. 

“Daripada jumlah tersebut, 53 kes telah diambil tindakan yang melibatkan nilai rampasan sebanyak RM479,226.55,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata, komitmen KPDN dalam Ops Tiris 3.0 itu dapat meningkatkan penguatkuasaan dan kawalan bekalan barang-barang kawalan terutama bagi barang kawalan bersubsidi. 

Beliau berkata, usaha itu perlu diteruskan dengan sokongan bersepadu antara Kerajaan dan masyarakat melalui inisiatif KITA GEMPUR, agar ketirisan dan manipulasi dapat dibanteras sepenuhnya. 

Menurut Fuziah, KPDN akan memperhebat lagi hebahan inisiatif KITA GEMPUR melalui program-program dan aktiviti penguatkuasaan dengan lebih meluas di setiap negeri dan cawangan di seluruh negara. 

“Walau bagaimanapun, usaha ini bukan sahaja tanggungjawab Kerajaan semata- mata, tetapi satu seruan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu dalam usaha kolektif ini. 

“Dengan sokongan dan penglibatan aktif daripada setiap individu, masyarakat, serta sektor swasta, kita mampu memastikan barang-barang kawalan dan bersubsidi sampai ke tangan yang berhak. 

“Mari kita bersama-sama menjayakan inisiatif ini demi masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis Shah Alam berjaya tahan suspek kes cabul, liwat remaja berusia 15 tahun

PIHAK polis berjaya menahan suspek kes cabul dan liwat melibatkan dua remaja berusia 15 tahun seperti yang tular di...

More Articles Like This