MOT teliti cadangan bina kemudahan kargo di LTSAS – Loke

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) sedang mengkaji cadangan kerajaan Perak bagi membina kompleks pergudangan kargo di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

Menteri berkenaan Anthony Loke Siew Fook berkata cadangan itu sedang diteliti bersama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), bagi membangunkan prasarana terbabit.

“LTSAS walaupun bukan berstatus lapangan antarabangsa namun terdapat penerbangan dari luar negara, bukan hanya menempatkan terminal penumpang, malah kargo juga komponen yang sangat penting di lapangan terbang ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Jamuan Pengumpulan Dana Bangunan DAP Parlimen Batu Gajah, malam tadi.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming merangkap Pengerusi DAP Perak. 

Sementara itu Loke berkata MAHB telah melaksanakan kerja naik taraf di LTSAS sejak awal tahun ini melibatkan ruang legar, kaunter termasuk aspek keselamatan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

“Kerja naik taraf ini lebih kepada pengoptimuman ruangan sedia ada, susun atur semula kaunter pelepasan dan ketibaan, dengan kita tambah kaunter untuk daftar masuk agar penumpang lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata penambahbaikan tersebut bagi membolehkan pemain industri beroperasi dengan berkesan dalam persekitaran yang kompetitif, sambil memastikan pengguna menerima perkhidmatan logistik bersepadu dan cekap.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This