PM Anwar gesa sektor swasta tingkatkan usaha bantu mangsa banjir

Dari Penulis

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa sektor swasta untuk turut sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir, sama ada dari segi sumbangan dana atau menghantar jentera bantuan ke kawasan terjejas.

Beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLIC) di bawah Khazanah Nasional Bhd, Petronas, dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah menggerakkan semua syarikat di bawah naungan mereka, dan bank-bank tempatan telah mengambil langkah proaktif dalam menyokong usaha pemulihan.

“Ada baiknya dalam keadaan sekarang bukan saja dana, tetapi juga siap jentera. Biar tiap syarikat-syarikat swasta dari Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang turun juga ke gelanggang,” katanya di majlis perjumpaan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Disember di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata kerajaan telah memastikan seluruh jentera bantuan digerakkan, dengan penglibatan anggota perkhidmatan awam, agensi berkaitan, dan sokongan masyarakat, untuk memastikan bantuan segera sampai kepada mangsa yang terkesan.

Banjir mula melanda negara sejak minggu lepas dengan Kelantan paling teruk dilanda bencana itu yang merekodkan 85,778 mangsa banjir membabitkan 26,781 keluarga ditempatkan di 251 pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.

Negeri-negeri lain yang dilanda bencana itu ialah Terengganu, Perak, Johor, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Perlis dan Melaka dan hari ini jumlah mangsa banjir direkodkan di sembilan negeri itu seramai 138,052 orang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This