PM Anwar gesa penjawat awam tingkatkan prestasi selaras pelaksanaan SSPA

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa penjawat awam untuk meningkatkan prestasi selaras dengan kenaikan gaji yang bermula bulan ini, susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata prestasi cemerlang diperlukan memandangkan rakyat mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik daripada sektor awam.

“Pelaksanaan SSPA bermula bulan ini, seperti yang dijanjikan. Tahniah kepada mereka yang menerima kenaikan gaji. Namun, seperti yang saya tekankan, kita setuju dengan ini (SSPA) kerana kita mengiktiraf dan menganggap ia wajar diberikan.

“Tetapi, saya hanya berharap agar saudara-saudara (penjawat awam) memastikan prestasi jauh lebih baik kerana rakyat menuntut perkhidmatan yang lebih berkualiti,” katanya dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar turut menyeru penjawat awam agar memberikan sokongan penuh kepada KSN yang telah mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan reformasi perkhidmatan awam.

“Saya harap sokongan penuh diberikan kerana rakyat ingin melihat (reformasi) dilaksanakan di peringkat akar umbi, daerah dan kementerian,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan yakin bahawa peningkatan prestasi itu boleh dicapai kerana keupayaan manusia boleh ditingkatkan melebihi apa yang telah dilaksanakan selama ini.

 SSPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) memberi pelarasan gaji yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi penjawat awam, selain membuka peluang peningkatan kerjaya yang lebih baik dalam perkhidmatan awam.

Dengan pelarasan gaji dan pergerakan tahunan, pendapatan penjawat awam dijangka meningkat dalam julat 16.8 peratus hingga 42.7 peratus.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This