Pembekuan akaun Bersatu ikut undang-undang, tak buat sewenang-wenangnya – SPRM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBEKUAN akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilakukan mengikut peruntukan undang-undang dan tidak dibuat sewenang-wenangnya.

Perkara itu ditegaskan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Shaharuddin, sitaan terhadap akaun bank Bersatu tertakluk kepada Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLAFTPUAA) 2001.

“Sitaan akaun bank tersebut adalah kerana ia subject matter kepada siasatan serta pendakwaan dan oleh yang demikian, ia tidak boleh dilepaskan sehingga selesai perbicaraan.

“Seksyen 50(1) adalah berkenaan dengan “Penyitaan harta alih dalam institusi kewangan,” dan dalam kes ini, mengikut Seksyen tersebut, Pendakwa Raya (DPP) telah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan supaya harta alih di institusi kewangan itu disita serta mengarahkan institusi kewangan itu supaya tidak melepaskan atau melupuskan harta alih yang terbabit sehingga perintah itu diubah atau dibatalkan,” katanya dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, Wan Shaharuddin berkata, tempoh perintah penyitaan yang dibangkitkan itu jelas dinyatakan dalam Seksyen 52A akta yang sama.

Kata beliau, ia dinyatakan bahawa sesuatu perintah penyitaan yang dibuat di bawah Akta AMLAFTPUAA 2001 itu hendaklah terhenti berkuat kuasa selepas tempoh 12 bulan dari tarikh perintah penyitaan sekiranya orang yang terhadap perintah itu tidak dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah akta berkenaan.

Baca artikel lain: 2 tahun akaun dibeku, Bersatu akan ambil tindakan terhadap SPRM – Muhyiddin

“Adalah jelas kes ini telah mendapat izin mendakwa dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipertuduh di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLAFTPUAA 2001.

“Bagaimanapun, pihak Bersatu telah pun memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan SPRM menyita akaun banknya untuk siasatan pada 29 Mei 2023 dan pada 30 Oktober 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah pun membenarkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman Bersatu tersebut serta menetapkan tarikh perbicaraan pada 24 September 2025.

“Saya berharap orang ramai memahami segala tindakan pihak berkuasa dalam pendakwaan kes ini adalah tertakluk kepada peruntukan akta dan bagi orang yang dituduh segala peluang untuk membela diri serta membuktikan dirinya tidak bersalah juga ada tempatnya di sisi undang-undang,” katanya.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, Bersatu sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM dan bank berkaitan susulan pembekuan akaun parti berkenaan.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa tindakan pembekuan akaun bank yang dikenakan SPRM terhadap Bersatu adalah satu penyalahgunaan kuasa kerana parti berkenaan tidak pernah dituduh atas kesalahan undang-undang.

Pada 30 Jan tahun lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan suruhanjaya itu membekukan akaun Bersatu untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki diperoleh parti berkenaan daripada hasil haram.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This