KARNIVAL Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2024 Zon Selatan mencipta sejarah tersendiri, apabila bakal direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan Jualan Rahmah MADANI selama 40 jam tanpa henti.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata penganjuran selama tiga hari bermula semalam (Jumaat) di Dataran Sejarah Ayer Keroh tersebut, adalah untuk merakyatkan perkhidmatan kerajaan yang sekali gus memberi akses lebih besar kepada rakyat untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga berpatutan.
“Ia juga sebagai sambutan bersempena meraikan 40 tahun Kempen Beli Barangan Malaysia dan insya-Allah kita akan teruskan pada tahun hadapan dengan pelbagai penambahbaikkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival KPDN 2024 Zon Selatan di Dataran Ayer Keroh, Melaka, malam tadi, yang turut di hadiri Pengarah KPDN negeri Melaka, Norena Jaafar.
Baca artikel lain: 300 penguat kuasa KPDN sertai Misi Skuad Ihsan MADANI bantu mangsa banjir
Mengulas lanjut, Armizan berkata karnival di Melaka tersebut merupakan acara penutup bagi siri jelajah Karnival KPDN bagi tahun 2024 bagi zon selatan, selepas lima siri penganjuran telah diadakan di Perlis (Zon Utara), Kelantan (Zon Timur), Perak (Zon Tengah), Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata antara tarikan lain sepanjang tiga hari karnival tersebut ialah pembukaan kaunter oleh pelbagai agensi termasuk reruai oleh usahawan-usahawan tempatan serta jualan produk.
“Kita juga menyediakan program signature iaitu Jualan Rahmah MADANI yang pada tahun hadapan ia akan diperluas di pelbagai kawasan,” katanya.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

