Pindaan Akta 588: Satira, parodi tak lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’

Dari Penulis

KANDUNGAN berunsur parodi dan satira tidak lagi dikategorikan sebagai jenayah secara automatik selagi tidak dilihat ‘jelik melampau’.

Perkara itu bakal terkandung dalam pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia 2024 yang telah pun dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, Isnin lalu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam wawancara bersama Astro Awani malam tadi memaklumkan, pindaan akta tersebut menetapkan garis panduan yang jelas bahawa kandungan sedemikian tidak menjadi kesalahan, melainkan ia melampaui batas.

Menurut Fahmi, terma ‘jelik’ akan dikhususkan kepada ‘jelik melampau’ berserta sejumlah huraian sama ada dari aspek penguatkuasaan atau mahkamah untuk diteliti serta difahami.

“Kita hendak pertahankan hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara. Pada masa sama, kita tetapkan batas-batas tertentu dan kita hendak jelaskan batas-batas ini.

“Maksudnya selepas ini satira dan parodi tidak akan menjadi jenayah tetapi ada batas-batasnya juga.

Baca artikel lain: PM arah MyDigital ID, DNB selesai isu berbangkit dalam bulan ini – Fahmi

“Katalah dia sampai, kalau kita ingat sebagai contoh di Perancis dulu, kartunis Charlie Hebdo sehingga melakar gambar nabi, itu jelik melampau,” katanya.

Pada masa ini, di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, adalah menjadi kesalahan untuk menggunakan kemudahan rangkaian bagi menyampaikan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Pindaan yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 2 Disember lalu antara lain menggantikan perkataan “jelik” kepada “jelik melampau”.

Ia turut menghuraikan perkara yang dianggap lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam, atau jelik melampau.

Istilah ‘jelik melampau’ kini dikhususkan kepada kandungan yang sangat menyinggung perasaan, termasuk ucapan kebencian dan keganasan.

Sesuatu kandungan tidak akan dianggap “palsu” di bawah Seksyen 233 jika ia berbentuk satira, parodi, atau karya fiksyen yang jelas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This