KPDN perkukuh penguatkuasan, kekang ketirisan dan pastikan kestabilan bekalan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuhkan elemen penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan dan penyeludupan susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat. 

Ketua Pengarah Penguat kuasa KPDN, Datul Azman Adam berkata, pihaknya juga akan terus memastikan kestabilan bekalan barang kawalan terjamin di pasaran meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik akibat konflik yang semakin meruncing itu.

Katanya, iltizam dan usaha berterusan KPDN itu selari dengan saranan dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan kelangsungan bekalan tenaga negara terus terjamin dan dapat memenuhi keperluan rakyat. 

“Selari dengan inisiatif kelangsungan tenaga, bermula 1 April ini, KPDN akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan penjualan dan pembelian minyak Petrol RON95 oleh kenderaan berpendaftaran asing. 

“Langkah ini adalah antara strategi bagi memastikan subsidi terus dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. 

“KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik/pemandu kenderaan asing atau pengusaha stesen minyak yang melanggar peraturan ini akan berhadapan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Azman menambah, bermula pada 1 April ini juga, khusus untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, KPDN telah mengeluarkan arahan kepada semua pelesen stesen minyak supaya melaksanakan kawalan penjualan minyak diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat mengikut kategori kenderaan, dalam kuantiti 50 liter, 100 liter, dan 150 liter pada setiap transaksi pembelian. 

Jelas beliau, langkah itu adalah penting bagi memastikan bekalan minyak diesel yang dijual pada harga subsidi RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan atau sektor industri yang tidak layak. 

Dalam aspek penguatkuasaan, katanya, seramai 2,400 pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara kini berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi bagi melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan di lapangan. 

“Melalui OPS TIRIS 4.0, KPDN akan memperkukuh kerjasama strategik secara bersepadu dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), PDRM dan agensi penguatkuasaan yang lain bagi menutup sebarang ruang penyelewengan dan ketirisan. 

“KPDN memberi amaran keras bahawa sebarang cubaan oleh mana-mana pihak, sama ada individu mahupun sindiket yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi konflik global ini tidak akan dikompromi,” katanya.

Azman menambah, perbuatan menyeleweng subsidi negara merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara. 

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan paling tegas akan diambil tanpa sebarang toleransi. 

Menurut Azman, Seluruh rakyat Malaysia sama ada pengguna, peniaga mahupun pihak industri atau mana-mana organisasi diseru agar bersama-sama menyokong gerakan KITA GEMPUR (Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan) demi manfaat bersama.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA akui pengundi Cina kini kecewa namun tak anggap boleh diterjemah dalam bentuk undi

HASIL kajian lapangan dilakukan oleh MCA mendapati bahawa rata-rata pengundi Cina kini berada dalam keadaan kecewa khususnya dengan apa...

More Articles Like This