47 muka surat dipadam dalam Laporan RCI Batu Puteh kerana babit kedaulatan negara – Speaker

Dari Penulis

SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyatakan 47 muka surat dipadamkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diedarkan kepada Ahli Parlimen, kerana ia membabitkan perihal kedaulatan negara ini.

Katanya, beliau telah menerima laporan itu terlebih dahulu dan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan.

“Oleh kerana kita ada Peraturan Mesyuarat 27 (3) Usul-usul Menteri, dan saya juga bertanya Menteri (mengenai) benda-benda yang dihitamkan ini.

“Ia membabitkan kedaulatan, sensitiviti… dan mungkin Yang Berhormat (YB) boleh bertanya dalam Dewan tetapi tidak dicetak demi menjaga kemaslahatan politik dan keselamatan negara.

“Jadi untuk itu, YB boleh bertanya di Dewan ini, tanya Menteri, tidak ada masalah. Cuma tidak dalam bentuk hitam putih,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta penjelasan daripada Johari selepas mendapati 47 muka surat dalam laporan setebal 217 muka surat itu, telah dipadamkan, sekali gus menyifatkan laporan RCI itu sebagai cacat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This