RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada ahli Parlimen untuk bincang

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.

“Saya rasa mereka (Ahli Parlimen) sedang berbincang mengenainya… mereka membahaskannya hari ini. Serahkan kepada mereka untuk bincang,” katanya kepada media selepas melancarkan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan RCI Batu Puteh itu yang antara lain mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama.

Baca artikel lain: RCI Batu Puteh: PDRM tak terima laporan terhadap Dr Mahathir

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, laporan itu dijadual dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.

Sebelum ini Anwar berkata laporan RCI itu mendedahkan kelemahan pengendalian isu berkenaan selain wujud unsur pengkhianatan.

Beliau berkata kelemahan pengendalian berkaitan isu Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana negara perlu perjuangkan setiap inci tanah di dalam negara ini secara sehabis-habisan.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA tidak gentar lawan PH, PN di Johor – Ka Siong

MCA menegaskan parti itu tidak gentar berdepan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau pertandingan pelbagai penjuru pada Pilihan...

More Articles Like This